Menopaus Bukan Pengakhiran ialah panduan praktikal untuk membantu wanita memahami dan menghadapi perimenopaus serta menopaus dengan lebih yakin. Buku ini menghimpunkan maklumat mengenai perubahan hormon, pemakanan sihat, senaman, pengurusan emosi, tidur berkualiti, kesihatan seksual, penjagaan tulang dan jantung, serta pilihan rawatan termasuk Terapi Hormon (HRT). Disusun dalam bahasa yang mudah difahami serta diperkaya dengan infografik dan ilustrasi menarik, buku ini sesuai untuk wanita berusia 35 tahun ke atas, ahli keluarga dan profesional kesihatan. Lebih daripada sebuah buku kesihatan, Menopaus Bukan Pengakhiran membawa mesej bahawa menopaus bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada kehidupan yang lebih sihat, yakin dan bermakna. "Menopaus bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada kehidupan yang lebih sihat, lebih yakin dan lebih bahagia."